Pintu pintu syurga..

*SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA.*

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini,dia berbisik kepada saya masa bersalam,"Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dg ajakan untuk bersabar.Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang?Ini satu perkataan orang berilmu,orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah,yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa” ?,Maka beliau menjawab :“Tidaklah aku menangis karena kematian, karena yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis karena dahulu aku memiliki dua pintu ke surga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua”.

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu surga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dg maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya,berbuat baik kpd keduanya,maka Allah akan beri ganjaran syurga.Tetapi siapa mensia-siakan peluang ini,tidak berbuat baik kpd ibubapanya,akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka.Rasulullah  bersabda :"Celaka, celaka, celaka !" , Lalu ditanyakan pada baginda, siapa (yg celaka)wahai Rasulullah?,
Maka beliau bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tsb) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu  itu dg berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga,jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan dirumah kita.

Dalam hidup kita,Allah buka banyak kesempatan untuk kesyurga, samada kita sedar atau tidak,mahu merebutnya atau tidak.Kemudian Allah ambil balik satu demi satu peluang ini,maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga.Mereka yg lalai dg dunianya tidak akan terasa apa-apa dg tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini,akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapamu sementara mereka masih ada,sementara pintu syurga dirumahmu masih terbuka.Share kpd adik beradik sebagai ingatan dan seruan berbuat baik.
Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Syair.