Tazkirah.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rumusan Kuliah Talaqi Kitab al-Azkar Imam Nawawi.
Bersama: Al-Fadhil Al-Murabbi Ustaz Rushdi Salleh.
Bertempat: UM-BS24
Tarikh: 03.09.2016/١ ذو القعدة  ١٤٣٧ھ (Sabtu/ يوم السبت)
Masa: 08:00 - 09:00 am
Pengulas : al-Rahiq al-Makhtum

-------×-------×-------×-------×-------×-------

💡Syarahan Murabbi al-Fadhil Ustaz
📚Ulangkaji Kuliah Isu Semasa 27.08.2016

👌3 Set Ibadat2 dlm bulan Zulhijjah:
➡Set A - Puasa Sunat Zulhijjah pd 1-8 Zulhijjah
➡Set B - Puasa Sunat Arafah pd 9 Zulhijjah
➡Set C - Mendirikan Solat Sunat Aidil Adha dan Melakukan Ibadah Qurban pd 10 Zulhijjah

👉Abdullah Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيد

Maksudnya:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid
(HR Imam Ahmad)
➡10 hari terawal Zulhijjah adalah hari yg paling afdhal dlm setahun
➡10 mlm terakhir Ramadhan adalah mlm yg paling afdhal dln setahun

👌3 Set Amalan
👉Set A
➡Puasa dari 1 hingga 8 Zulhijjah
➡Paling minimum 2 hari iaitu hari Isnin dan Khamis
➡Fadhilat :
📌1. Lebih baik drpd jihad
📌2. Lebih baik dari berpuasa dari lain2 hari

👉Set B
➡Puasa sunat Arafah pd 9 Zulhijjah
➡Fadhilat :
📌1. Termasuk dlm fadhilat berpuasa pd 10 hati yg terbaik
📌2. Diampunkan dosa selama 2(720 hari) tahun iaitu 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepasnya

👉Set C
➡Mendirikan solat sunat Aidil Adha pd 10 Zulhijjah dan melakukan qurban pd 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah
➡Daging qurban adalah makanan yg paling afdhal
➡Disunatkan bersarapan dgn daging qurban
➡Sunat utk tidak memotong kuku dan rambut bg mereka yg melakukan qurban bermula dari 1 Zulhijjah hingga qurban dilakukan

💡Nota Tambahan Sekitar Masalah Qurban Dari al-Fadhil Ustaz Rushdi

👌SYARAT SAH PENYEMBELIHAN adalah seperti berikut:
📌1. Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam.
📌2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
📌3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
📌4. Binatang itu adalah halal dimakan.
📌5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
*📌6. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.*
📌7. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
📌8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
📌9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
📌10. Pisau yg digunakan pun sah juga utk digunakan seterusnya tanpa pembersihan..sbb mngikut mazhab selain Syafei darah tidak dikategorikan kotor dan najis..
📌11. Juru Sembelih hanya 1org lebih afdhal dan selesa bg binatang berbanding 5-10 org.

👌Adakah Boleh Memberikan Daging Qurban Kpd Orang Kafir.

👉Pandangan Ulama 4 Mazhab:
📌1. Mazhab Shafei : ✔/❌
➡Khilaf dikalangan ulama mazhab Syafie
📌2. Mazhab Hanbali : ✔
📌3. Mazhab Maliki  : ✔
📌4. Mazhab Hanafi : ✔
📌5. Menurut Imam Nawawi :
➡Qurban sunat ✔
➡Qurban wajib ❌
📌6. Fatwa Ulama Saudi : ✔
📌7. Fatwa Ulama Mesir : ✔
📌8. Fatwa Ulama Malaysia ❓rujuk http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-haji/1123-irsyad-al-fatwa-khas-haji-dan-korban-siri-4-hukum-memberi-makan-daging-korban-kepada-non-muslim

💡✔ = Boleh ❌ = Tidak Boleh

👉Mazhab Syafei: Tidak dibenarkan(haram) memberikan daging qorban kpd org kafir.
➡Sumber : Kitab Nihayatul Muhtaj (نهاية المحتاج)

👉Mazhab Hanbali : Boleh dan harus memberikan daging qurban kpd Org Kafir (يجوز)
➡mengikut pandangan Imam Ibnu Qudamah.

👉Imam Nawawi ada menyatakan:

قال ابن المنذر : أجمعت الأمة على جواز إطعام فقراء المسلمين من الأضحية ، واختلفوا في إطعام فقراء أهل الذمة...

Maksudnya:
"Bekata Imam Munzir:
Ulama Islam sebulat suara bahawa boleh memberikan daging qurban kpd org islam yang fakir miskin,  namun mereka berselisih pandangan sekiranya diberikan kpd kafir zimmy...."
➡Tambah Imam Nawawi lagi:
Dibolehkan sekiranya qurban sunat,  tp sekiranya qurban wajib (nazar) maka tidak boleh diberikan kpd kafir zimmy.
☝Imam Nawawi adalah ulama dalam Mazhab Syafie

والله أعلم بالصواب ..

📌Empat(4) Kategori Kafir

📌1. Kafir Harby الكافر الحربي
➡Kafir yang mengisytiharkan musuh kepada Agama dan Negara Islam atau Umat Islam.

📌2. Kafir Zimmy ( الكافر الذمي)
➡Orang kafir yang berada dibawah pemerintahan negara Islam serta patuh kepada undang2 negara,  dan sedia membayar cukai bg setiap kepala kpd Negara.

📌3. Kafir Mu'ahad ( الكافر المعاهَد)
➡Orang kafir yang mengadakan perjanjian (MoU) utk berdamai dgn orang islam dan tidak mengganggu antara satu sama lain.

📌4. Kafir Musta' min ( الكافر المستأمن)
➡Orang kafir yg masuk ke negara Islam secara sah dlm urusan perniagaan,  pelancongan, dll dan org Islam dimestikan menjaga keselamatan mereka.

👌🏻KESIMPULAN :

➡Mejoriti ulama islam sedunia membenarkan memberi daging qorban kpd org kafir berkategori no 2, 3 dan 4.👍🏻✔
➡Hanya minoriti ulama shj terutama ulama dlm mazhab Syafei yg mngharamkan..👎🏾❌

-------×-------×-------×-------×-------×-------

❇BAB 22
👌TEGAHAN DAN DOA BAGI ORG YG MELONTARKAN PENGUMUMAN ATAU BERJUAL BELI DI DLM MASJID

👌Hadis 94 m/s 103
👉Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

‏مَنْ سَمِعَ رَجُلاً يَنْشُدُ ضَالَّةً في المَسْجِدِ فَلْيَقُلْ‏:‏ لا رَدَّها اللّه عَلَيْكَ فإِنَّ المَساجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا‏

Maksudnya:
"Sesiapa yg mendengar seseorg mengumumkan kehilangan didlm masjid, katakanlah, "Semoga Allah tidak mengembalikannya kpdmu", krn sesungguhnya masjid bkn didirikan utk itu (membuat pengumuman)
(HR Muslim)

👉Pengajaran Hadis
➡Dilarang membuat pengumuman  dgn suara yg keras di dlm masjid krn akan mengganggu org yg sedang beribadah
➡Boleh mendoakan org yg membuat pengumuman dgn doa yg mendatangkan keburukan kpdnya

👌Hadis 95 m/s 103
👉Buraidah RA berkata, ada seorg membuat pengumuman kehilangan hartanya didlm masjid, "Ada sesiapa yg menemui unta merahku?" Lalu Rasulullah SAW bersabda:

‏لا وَجَدْتَ إنَّمَا بُنِيَت المَساجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ‏

Maksudnya:
"Semoga engkau tidak menemuinya! Sesungguhnya masjid2 didirikan dgn tujuannya sendiri (utk  bersujud)
(HR Muslim)

👉Pengajaran Hadis
➡Hadis menunjukkan Nabi SAW sgt marah kpd org yg membuat pengumuman akan kehilangan hartanya
➡Hadis menjelaskan tujuan masjid dibina adalah utk beribadat kpd Allah
➡Dilarang mengganggu org yg sedang berzikir, bersolat atau yg sedang membaca al-Quran

👌Hadis 96 m/s 104
👉Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

إذَا رأيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أوْ يَبْتَاعُ في المَسْجِدِ فَقُولُوا‏:‏ لا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجارَتَكَ، وَإذَا رَأيْتُمُ مَنْ يَنْشُدُ فيهِ ضَالَّةً فَقُولُوا‏:‏ لا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ‏

Maksudnya:
"Apabila kalian melihat seorang melakukan aktiviti jual beli didlm masjid, katakanlah, "Allah tidak menjadikan perdaganganmu mendapat keuntungan." Dan apabila kalian melihat seseorg mengumumkan kehilangan didlm masjid, katakanlah, "Semoga Allah tidak mengembalikannya kpdmu"
(HR al-Tirmizi)

👉Pengajaran Hadis
➡Hadis bertaraf Hasan
➡Hadis membicarakan masalah jual beli di dlm masjid
➡Nabi SAW melarang urusan jual beli dilakukan di masjid
➡Terjadinya jual beli di masjid2 pd zaman skrg ialah krn ia merupakan sumber pendapatan kpd masjid

👉Kesimpulan
➡Rasulullah SAW sgt bertegas dlm masaalah membuat pengumuman dan urusan jual beli didlm masjid
➡2 perkara ini boleh mengganggu org lain yg sedang beribadah didlm masjid
➡Masjid2 dibangun utk tujuan beribadah didlmnya
➡Harus mendoakan keburukan kpd org yg melakukan 2 perkara tersebut

❇BAB 23
👌DOA BAGI ORG YG MENYAMPAIKAN SYAIR DI DLM MASJID YG BUKAN MEMUJI ISLAM, MENYERU KEZUHUDAN DAN ANJURAN KPD KEMULIAAN AKHLAK DAN SEBAGAINYA

👌Hadis 97 m/s 104
👉Tsauban RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رأيْتُمُوهُ يُنْشِدُ شِعْراً في المَسْجِدِ فَقُولُوا لَهُ‏‏ فَضَّ اللّه فَاكَ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ‏

Maksudnya:
"Sesiapa yg kalian lihat melantunkan syair didlm masjid, katakanlah , "Semoga Allah merobek mulutmu", 3 kali"
(HR Ibnu Sunni)

👉Pengajaran Hadis
➡Syair yg dimaksudkan adalah syair2 yg melalaikan dari mengingati Allah
➡Rasulullah SAW mendoakan keburukan berlaku keatas org yg melantunkan syair didlm masjid
➡Doa "Semoga Allah merobek mulutmu" diucapkan sebyk 3 kali menununjukan ia adalah larangan keras

❇BAB 24
👌KELEBIHAN AZAN

👌Hadis 98 m/s 104
👉Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ ما فِي النِّدَاءِ وَالصَّفّ الأوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إلاَّ أنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاسْتَهَمُوا‏‏

Maksudnya:
"Sekiranya manusia tahu pahala yg terdapat didlm azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapati selain harus dgn undian, pasti mereka akan melakukannya"
(HR Bukhari dan Muslim)

👉Pengajaran Hadis
➡Hadis adalah hadis Muttafakun alaih. Kesepakatan antara Imam Bukhari dan Imam Muslim menyatakan hadis adalah sahih
➡Hadis Muttafaqun alaih berada di kedudukan kedua selepas al-Quran
➡Hadis menjelaskan tentang kelebihan melaungkan azan dan kelebihan berada di saf pertama
➡Sekiranya diketahui akan ganjarannya pasti org ramai akan berebut sehingga melakukan undian utk melaungkan azan dan berada di saf pertama setiap kali solat akan didirikan
➡Saf pertama adalah lebih baik dari saf ke 2 dan saf2 seterusnya begitu juga dikalangan jamaah wanita tetap saf pertama itu lebih baik

👌Hadis 99 m/s 104 & 105
👉Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ أدْبَرَ الشَّيْطانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ حتَّى لا يَسْمَعَ التَّأذِينَ‏

Maksudnya:
"Apabila panggilan utk solat dikumandangkan, syaitan lari sambil mengeluarkan suara kentut supaya tidak mendengar suara azan"
(HR Bukhari dan Muslim)

👉Pengajaran Hadis
➡Syaitan lari ketika azan dilaungkan
➡Syaitan mengeluarkan kentut krn tidak mahu mendengar azan
➡Ibarat seorang anak yg mengeuarkan suara bising krn tidak mahu mendengar bebelan org

👌Hadis 100 m/s 105
👉Muawiyyah RA berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

المُؤَذّنُونَ أطْوَلُ أعناقاً يَوْمَ القِيامَةِ

Maksudnya:
"Para muazzin adalah orang2 yg paling panjang lehernya pd hari kiamat"
(HR Muslim)

👉Pengajaran Hadis
➡Dlm riwayat lain ada penambahan أطْوَلُ النَّاسِ bermaksud manusia yg paling tinggi
➡Allah memanjangkan leher para muazzin dgn tujuan supaya mereka tidak lemas ketika berhimpunnya manusia di padang mahsyar
➡Allah jadikan para muazzin sbg manusia yg paling tinggi di padang mahsyar kelak

👌Hadis 101 m/s 105
👉Abu Sa'id al-Khudri RA berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ المُؤَذّنِ جنّ ولا شيءٌ إِلاَّ شَهدَ لَهُ يَوْمَ القِيامة‏

Maksudnya:
"Semua yg mendengar suara muazzin berkumandang, samada jin atau manusia atau selain itu, walau jauh mana pun jaraknya, akan  menjadi saksi muazzin itu dihari kiamat"
(HR Bukhari)

👉Pengajaran Hadis
➡Semua makhluk akan menjadi saksi keatas muazzin yg melaungkan azan
➡Perselisihan pandangan para ulama mengenai siapa yg lebih utama antara muazzin azan atau menjadi imam:
📌1. Muazzin lebih utama
📌2. Imam lebih utama
📌3. Sama darjatnya disisi Allah
📌4. Melihat kpd kemampuan diri masing2

Sekian
الرحيق المتوم✒

Comments